fish

Tuesday 2 August 2011

Mengkaji Syaitan dari sudut Gelombang(' Wave')

 


Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana pada hari puasa yg kedua 'saya dan kerelatifan' berkesempatan untuk meng'update' blog yang telah lama ditinggalkan ini.Sebenarnya 'saya dan kerelatifan' mengakui bahawa isi di dalam blog ini agak berat untuk 'saya dan kerelatifan' kupas kerana 'saya dan kerelatifan' bukanlah ahli di dalam bidang ini lebih2 lagi melibatkan subjek yang berat seperti 'pure physic'.






Apa-apapun 'saya dan kerelatifan' akan membuat yg terbaik untuk pembaca blog ini memahami apa yang cuba disampaikan dalam gaya penceritaan yg tak seberapa ini.terima kasih kpd yg sudi membaca..


Syaitan Dari Sudut Gelombang?


Sesungguhnya umum mengetahui bahawa Syaitan itu adalah makhlub ghaib yang tidak boleh nampak melalui mata kasar manusia.Adapun yang mendakwa dapat melihat atau terlihat makhluk ghaib ini adalah dengan izin ALLAH s.w.t semata-mata.


Apa yang ingin cuba diberi perhatian disini adalah berdasarkan sains(fizik).Berkata Tokoh Paling Terkenal dalam bidang Fizik 'Albert Einstein'
  Sains tanpa agama adalah tempang, agama tanpa sains adalah buta.


Oleh itu blog ini cuba mengaitkan kejadian gelombang(wave) dengan Kejadian syaitan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia tetapi dipercayai wujud di dalam semua agama seluruh dunia.


Cuba kita lihat kepada Graf gelombang di bawah





Adapun gelombang yang telah ditemui oleh para saintis adalah seperti yg terpapar di atas seperti  gama rays, x-ray, ultraviolet radiation, visuble light (ungu ke merah), infrared, microwave, radiowave.. dan bnyak lagi sebenarnya.


Walau bagaimanapun hanya ada satu gelombang sahaja yg dapat dilihat oleh mata kasar manusia iaitu 'visible light,iaitu sekitar 400-700 nm sahaja







 Perkara ini telah membuatkan Saya dan Kerelatifan terfikir 'adakah syaitan wujud dalam bentuk gelombang selain dari visible light ini?,kerana gelombang selain dari visible light ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.


Soalan ini telahpun ditanya kepada Bro musoddiq(m.musoddiq@gmail.com ) iaitu pelajar jurusan 'pure physic' uitm shah alam didalam forum i luv islam (sebelum melanjutkan pelajaran asasi)



PENCARI KETENANGAN wrote: Assalamualaikum saya nak tanya bro musoddiq.Maaflah jika ilmu saya kurang.Saya hanya belajar ilmu fizik mase form 4 dan form 5 saje.saye pom kurang arif pasal Fizik. Saudara Musoddiq ada menyatakan bahawa mungkin syaitan itu x dapat dilihat kerana mata kita x dapat menangkap gelombang selain dari 400nm-700nm.Jadi mungkin syaitan itu selain dari gelombang itu tadi. Mari kita ambil contoh sinar gamma.Iaitu gelombangnya selain 400nm-700nm.Mengikut yang saya tahu sinar gamma ini adalah sinar yang paling bahaya antara sinar radiasi yang lain.Ia biasanya digunakan dalam bidang perubatan untuk membunuh bakteria dan virus. Mari kita berfikir sejenak.Jika syaitan yang berada disekeliling kita adalah terdiri dari gelombang sinar gamma.Sudah tentu kesan radiasi yang sangat hebat akan berlaku pada kita semua.Dan semua manusia di dunia ini akan mati tidak sampai dalam masa sehari. Begitu juga sinar lain seperti x-ray dan radio wave Pasti akan ada pencemaran iaitu pencemaran gelombang seperti yang diutarakan saudara red lotus seperti dalam thread berikuthttp://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=22655 Kesannya pasti kesihatan manusia akan terjejas. saya minta maaf jika pandangan saya ini salah. Minta diperbetulkan mana yang salah.Wallahuallam
Saya x rasa syaitan terdiri dari sinar gama.. sebab.. sinar gama boleh diadaptasi dan dimanipulasi.. lagipun.. manusia bpleh mencipta sinar gama dengan izin Allah melalui alat yg dicitpa manusia melalui ilmu Allah.. lagipun.. kalau syaitan dari sinar gama.. kompom dah lama kita leh tgok bende alah tu.. dan.. seperti apa setelah leokid kata tadi.. saya pun x berani nak menzahirkan elemen syaitan.. yg pos awal2 saya tu.. warna syaitan adalah selain 400nm-700nm.. x semestinya kat sinar gama adik oi.. yg pasti.. komfirm la warna dier.. bukan berada dalam kalangan EM (electromagnetic wave) yang dah dapat dikesan.. contoh gelombang yg jaraknya 100km.. mana ader lagi dalam silibus.. mahupun gelombang yg 1nm^-2000000 (1nanometer kuasa -2juta) iaitu yg sgt2 kecil.. ok.. faham nie? lagipun adik kene fahami apa itu sinar gama.. nak abg explain aper itu sinar gama? em.. just nak betulkan.. adik kurang faham tu.. bkan bermaksud antara salah 1 gelombang yg dapat dikesan.. beribu gelombang yg x der alat nak kesan... ekceli.. saya pun x berani dgn teori saya tu.. setelah apa yg leokid kata tu.. sbb saya sokong hujah dia..





Apa-pun 'saya dan kerelatifan 'menyokong jawapan yang diberikan oleh bro musoddiq dan berpendapat bahawa mungkin ada gelombang yg belum ditemui oleh para saintis ataupun yg tidak dapat dikesan.Gelombang ini mungkin adalah gelombang syaitan..Wallahuallam.







Secara kesimpulannya perlu diingatkan bahawa agama tidak boleh dikaitkan seratus peratus denagan sains.Kerana agama adalah wahyu sedangkan sains adalah satu bentuk pemikiran manusia.Sains hanya boleh digunakan sebagai alat untuk mencari agama bukan untuk memberi penerangan mengenai agama.




“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Ar Ra’d(13):3)

Sunday 27 March 2011

Dunia ini hanya isyarat elektrik?

Assalamualaikum
Post yang akan anda baca ini mendedahkan satu 
RAHSIA TERBESAR di dalam hidup anda. 
Anda perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana 
ia berkaitan dengan satu subjek yang 
pasti akan mengubah pandangan anda terhdap dunia luar. 
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan, 
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan 
falsafah kuno; tetapi ia diakui oleh setiap orang, 
samada mereka mempercayainya atai tidak, dan ia juga 
telah dibuktikan oleh sains hari ini…

Berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"
Pernahkah Kita  membayangkan  bahawa dunia luar ini hanya satu ilusi?Maksud dunia luar ini ialah segala apa yg kita rasa,lihat,dan dengar melalui pancaindera yg dikurniakan pencipta kepada kita iaitu mata,telinga,mulut, dan sebagainya.berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"




Semua pancaindera tersebut dikurniakan oleh pencipta untuk mengenal 'dunia luar' ini iaitu dunia yg kita huni pd masa sekarang.
Di dalam ayat Al-quran ALLAH s.w.t berfirman "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al A’raf:179)

Didalam bukunya

Keabadian Baru Bermula
lebih kurang
segala apa yang ada di sekeliling kita yang kita nampak samada ibu,ayah,adik,kakak,komputer,televisyen,kereta,haiwan,bola adalah isyarat elektrik semata-mata.seperti juga sentuhan,rasa (manis,tawar,masin,pahit)adalah semata-mata isyarat elektrik yang dihantar ke otak kita



kita ambil satu contoh(maaf pemahaman dalam biologiku kurang sikit)


Tuan2 pernah merasai panaskan?sudah tentu apabila tuan2 mendekati sesuatu yg panas  seperti api menyebabkan diri tuan2 lari dari api tersebut.Mengapa ini berlaku?Ini kerana terdapat 'pengesan khas' yang diletakkan pada diri tuan2 oleh pencipta untuk mngesan bahaya yg akan brlaku.





semua ini dapat diterangkan melalui biology iaitu apabila kulit kita dekat dengan haba, 'sensory' neuron2  di sekeliling kulit kita akan mengesan kepanasan itu dan menghantar isyarat elektrik ke otak sebelum otak mengarahkan 'effector neuron' atau 'motor neuron' untuk mengalihkan badan kita dari haba atau api tersebut.(maaf jika peneranganku kurang jelas)


seperti juga kita mendengar sesuatu bunyi,rasa(mnis,masam,pahit,dan masin)



-semuanya dihantar dalam bentuk isyarat elekrik ke otak kita sebelum ditafisir dan dilakukan sesuatu tindakan.


Adapun demikian,ada 'inhibitor'(perencat) yang boleh menghalang isyarat elektrik ini untuk sampai ke otak, contohnya ubat bius(diambil dari bisa ular) dan sebgainya







Kesimpulannya semua ini menjelaskan bahawa dunia yg kita rasa sekarang ni bergantung sepenuhnya kpd 'isyarat elektrik' yg diterima oleh otak kita.Jika tiada langsung isyarat elektrik yg diterima oleh otak kita maka dunia 'fana' ini adalah tidak wujud! dan pada masa itu kita dapat simpulkan sebagai kematian.


Benarlah kata2 saidina uthman yang mengatakan 'dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia'




Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti yang terang, maka barangsiapa yang mahu melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa yang buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratanlah kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemeliharamu. (Surah Al-An'aam:104) 


Nampaknya setakat ini sajalah postku buat kali ini.Wallahua'lam 



Thursday 24 March 2011

Masa dicipta dari TIADA Kepada ADA


P/s:Blog ini ditulis hasil daripada perbualanku dengan kawan2,pembacaanku melalui internet,buku,ceramah-ceramah yg didengari.Kalau ada slah dan silap minta diperbetulkan.Hanya ALLAH s.w.t lebih mengetahui.


ASSALAMUALAIKUM
Pernahkah tuan2 terfikir mengenai masa sebelum ini dan sebelum ini?Bagaimanakah masa itu bermula?Jika kita terus berfikir tentang masa sebelum ini dan sebelum ini dan bagaimana masa itu bermula, pasti dan pasti kita akan menjadi isim(gila) kerana ia melewati batasan akal manusia.Jadi bagaimanakah penjelasan dari segi lojik akal mengenai perkara ini?Didalam post kali ini kita akan merungkai sama2 kekusutan dalam fikiran kita selama ini di dalam blog yang bertajuk

            Masa dicipta dari TIADA Kepada ADA

Penciptaan Mesin Masa?
Di sana ada pula satu khayalan dimana penciptaan mesin masa dapat membolehkan manusia kembali ke masa lampau dan masa depan seperti dalam filem hollywood 'Back to the Future'

Back to the Future Poster

Cerita ini mengisahkan bagaimana seseorang itu boleh pergi ke masa depan dan masa lampau dengan menggunakan sebuah kereta yang diubahsuai sebagai 'mesin masa'.Tetapi pada hakikatnya seperti yg telah dibincangkan di post yang sebelum ini bahawa masa depan dan masa lampau adalah tidak wujud!Ia hanyalah persepsi minda manusia!

Jadi bagaimanakah untuk membuktikan bahawa masa itu dicipta dari tiada kepada ada?
Berdasarkan buku Giancoli,Physics For Scientists & Engineers With Modern Physics.(Fourth Edition).Halaman 979
                
Disebutkan"In 1929 the american astronomer Edwin Hubble(1889-1953)found that radiation from atoms in many galaxies is red shifted.That is,the frequencies of light emitted are lower than those emitted by stationary atoms on earth,suggesting that the galaxies are receeding from us.This is the origin of idea that is universe is expanding.

Disebutkan dalam AL-Quran(surah al-anbiya ayat 30)

SURAH AL-ANBIYA' : 30 DAN AN-NAHL AYAT 78

Al-Anbiya' : 30

21:30 Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?

Ketika aku menghadiri seminar 'Misunderstanding in Islam' di uitm puncak alam.Aku masih ingat lagi kata2 Brother Lim Jooi Soon (bekas penganut Buddha dan Kristian)

katanya(lebih kurang):"PENEMUAN BAHAWA ALAM SEMESTA INI SEMAKIN BERKEMBANG DAN SEMAKIN MEMBESAR MENGIKUT MASA ADALAHPENEMUAN SAINTIFIK PALING BERJAYA PADA ABAD KE 20"(JOM TENGOK VIDEO NI)tumpu perhatian kpd minit 5:20 dan seterusnya.



katanya lagi(lebih kurang)."Jika kita undurkan masa, maka alam ini serta seluruh galaksi akan menjadi semakin        
lama semakin mengecut dan semakin mengecil hingga sampai kepada satu'single point' dan akan terus hilang".
Dan apa yang menarik perhatian"jadi,Pencipta yang sebenar adalah mesti di luar lingkungan masa,ruang, dan jisim."

Tengok kepada agama lain selain daripada islam, tuhan mereka terikat kepadaruang masa dan jisim

ruang masa dan jisim
KRISTIAN

 ruang masa dan jisim
BUDDHA


ruang masa dan jisim
HINDU

KESIMPULANNYA IALAH TUHAN AGAMA LAIN TIDAK LAYAK DISEMBAH KERANA TIDAK LAYAK MENJADI PENCIPTA.
SATU-SATUNYA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH ADALAH ALLAH KERANA DIA TIDAK TERIKAT KEPADA RUANG MASA DAN JISIM
NAMPAKNYA SETAKAT INI DULU POST DALAM BLOG AKU INI.KU SUDAHI POST KALI INI DENGAN LAFAZ 




"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH".(TIADA SEKUTU BAGIMU YA ALLAH,HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH).