fish

Thursday 27 November 2014

Menyingkap kembali kepada sejarah- sejarah lampau...menelusuri pertembungan kepercayaan manusia berdasarkan ilmu metafizik  4 buah agama iaitu ISLAM,HINDU,BUDDHA,DAN SIKH.


Coming soon

Siddharta Gautama Buddha,Guru Nanak,Nabi Muhammad adalah ahli metafizik kuno?Tunggukan post seterusnya!


Thursday 13 November 2014

Amaran!!!! Jangan baca post ini jika anda xbersedia...tinggalkan bacaan ini dengan segera kalau anda tidak berani..(Attention!!!Please don't read if you are not ready...please leave my blog immediately if u are not dare...)
 

Aku pergi jumpa tok bomoh dia kata ada jin
Aku pergi jumpa orang syariat dia bagi air tawar
Aku pergi jumpa pakar psikologi dia kata aku ada penyakit mental
Aku pergi jumpa orang membuat perbandingan agama dia kata Agama Islam je yang benar(aku pom terfikir Islam yg mana tu?)
Aku pergi jumpa orang Salafiyah dia kata Al Asyairah xbetul
Aku pergi jumpa orang Al-Asyairah dia kata Salafiyah xbetul
Aku pergi jumpa orang syiah dia kata Ahlul sunnah ni lebih teruk dari Kristian
Aku pergi jumpa Ahlul Sunnah dia kata syiah ni bukan Islam dan kafir
Aku pergi jumpa orang Hakikat dia kata SEMUA DARI ALLAH
Aku pergi jumpa orang makrifat dia kata KITA NI TAK WUJUD,YANG WUJUD HANYALAH ALLAH
AKU PUN SENYUM SEORANG DIRI

Berikut merupakan catatan "saya dan kerelatifan" sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.Sesungguhnya selama ini "saya dan kerelatifan" baru tersedar bahawa apa yang dicari selama ini tidaklah lain melainkan huruf ba
Kata orang hakikat "Beruntung bagi mereka-mereka yang mengenal huruf Ba".Untuk mengetahui apakah penjelasan dan rahsia pada "Ba" maka "saya dan kerelatifan" nasihatkan disini tinggalkanlah blog dan bacaan ini dengan segera.Sekali lagi tinggalkanlah bacaan ini dengan segera.Pesanan ini ditujukan khas kepada mereka yang berfikiran sempit  dan tidak boleh menerima pendapat yang benar (mereka bertaqlid buta)dalam hal2 berkaitan ketuhanan.

Rahsia huruf Ba ada pada diri anda!!!! Tiliklah ia,carilah ia.Adapun "ba" adalah kemuncak bagi mereka yang mahu mencari kebenaran,kebahagiaan dan ketenangan


Aku ingat
Aku senyum
Aku makan
Aku minum
Aku tidur
Aku berjaga
Aku bermain
Aku sayang
Aku bernafsu
Aku sakit
Aku senang

Aku ,Aku ini lah yang kita selama ini..beruntung bagi mereka yang mengenal aku dalam diri masing2...(ia dipanggil sebagai hakikat keakuan diri)


 Sampai di sini sahaja penulisan saya dan kerelatifan dipost yang ke 16 ini..moga2 mendatangkan manfaat kepada pembaca-pembaca yang mengkaji dan mencari......kata orang hakikat "BERUNTUNG BAGI MEREKA MENGENAL DIRINYA"
 
 
 


Saturday 12 April 2014

KEMBALI KE TEMPAT ASAL PENCARIAN

Di ketika kuota broadband masih lagi boleh digunakan,waktu menunjukkan pukul 12:53 pagi pada 13/4/2014 aku fikir masa inilah yang sesuai untuk aku menjarah balik blog ini..ku mulakan dengan menyebut nama tuhan "Bismillahirrohmanirohim" iaitu dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani


       

Apa yang mesti kulakukan, Muslim? Aku tak mengenal diriku sendiri

Aku bukan Kristian, bukan Yahudi, bukan Gabar, bukan Muslim

Aku bukan dari Timur, bukan dari Barat, bukan dari darat, bukan dari laut,

Aku bukan dari alam, bukan dari langit berputar,

Aku bukan dari tanah, bukan dari air, bukan dari udara, bukan dari api,

Aku bukan dari cahaya, bukan dari debu, bukan dari wujud dan bukan dari hal

Aku bukan dari India, bukan dari Cina, bukan dari Bulgaria, bukan dari Saqsin,

Aku bukan dari Kerajaan Iraq, bukan dari negeri Korazan.

Aku bukan dari dunia ini ataupun dari akhirat, bukan dari Syurga ataupun Neraka

Aku bukan dari Adam, bukan dari Hawa, bukan dari Firdaus bukan dari Rizwan

Tempatku adalah Tanpa tempat, jejakku adalah tak berjejak

Ini bukan raga dan jiwa, sebab aku milik jiwa Kekasih

Telah ku buang anggapan ganda, kulihat dua dunia ini esa

Esa yang kucari, Esa yang kutahu, Esa yang kulihat, Esa yang ku panggil

Ia yang pertama, Ia yang terakhir, Ia yang lahir, Ia yang bathin

Tidak ada yang kuketahui kecuali :Ya Hu" dan "Ya man Hu"

Aku mabok oleh piala Cinta, dua dunia lewat tanpa kutahu

Aku tak berbuat apa pun kecuali mabok gila-gilaan

Kalau sekali saja aku semenit tanpa kau,

Saat itu aku pasti menyesali hidupku

Jika sekali di dunia ini aku pernah sejenak senyum,

Aku akan merambah dua dunia, aku akan menari jaya sepanjang masa.

Syamsi Tabrizi, aku begitu mabok di dunia ini,

Tak ada yang bisa kukisahkan lagi, kecuali tentang mabok dan gila-gilaan. ~Jalaluddin Ar-Rumi~

Mana mungkin zat bercerai dgn sifat... Mana mungkin zat bercerai dgn kuasa... Mana mungkin aku dan Dia bercerai... Tiada aku... yg ada hanya Dia... Dia sahaja...



kitab ini hadir dalam hidupku 7 tahun dulu ketika aku terasa sangat berminat dalam agama,tetapi aku tidak tahu keputusan untuk membuka dan membaca kitab ini bakal mengubah keseluruhan hidupku selepas itu


 MAKRIFAT
ibarat orang yang mengambil pelajaran phd ketika usianya baru mencecah 6 tahun tanpa perlu masuk dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan ke universiti...Itulah diriku

adapun dalam islam ilmu terbahagi kepada 4:

1.syariat
2.tariqat
3.haqeqat
4.makrifat


adapun dalam islam perumpamaan ilmu syariat dan tariqat adalah 'kulit buku' dan perumpamaan ilmu haqeqat dan makrifat adalah 'isi buku' agama

dan ilmu syariat yang dibicarakan di kaca2 televisyen,di dada-dada akhbar,mahupun di skrin2 laptop semuanya sangat berbeza dengan ilmu makrifat ibarat langit dan bumi

aku terus ke makam makrifat tanpa berguru kerana dirasakan ilmu ini sangat menarik apabila membaca ayat2nya

adapun aku lupa pesan saidina ali"barangsiapa belajar ilmu tanpa berguru maka syaitanlah guru baginya"

selama 7 tahun ku sesat dan mencari jawapannya bagi setiap persoalan datang,ia datang ketika ku bangun dari tidur, ketika ku solat,  ketika di dalam kelas dan dimana-mana tempat aku rasakan penting

bersambung.......
 







Wednesday 18 December 2013




Suatu Pencarian yang hebat
Dalam pencarian ini ku temukan ramai orang dengan berbeza-beza taraf ilmu,pendapat,dan kelebihan serta kekurangan masing2.Ada ustaz,ada perawat Islam,ada Tok Guru pondok,ada ahli pondok,ada ahli tarikat,ada ahli tabligh,ada orang yang membuat perbandingan agama,ada pengarah di Pusat Islam,ada ahli pertubuhan dakwah dan ada rakan2 usrah.Daripada pemerhatianku ada dikalangan mereka2 yang bersifat jumud dan ramai yang bersifat terbuka dalam agama,mereka mempunyai nas-nas dan dalil2 dlam agama.Banyak ilmu dan pandangan yang ku dapati dari mereka seperti ilmu akidah,hadis,tarikat dan perbandingan agama(hindu,buddha,kristian dan sebagainya) dan sebagainya..terfikir sejenak adakah ALLAH mahu membuka jalan untukku mencari dengan menemukan dengan orang ramai sebegini?

(pencarian diteruskan)

"Ya ALLAH janganlah engkau membolak balikkan hatiku daripada jalan para nabi dan RasulMu"


InsyaALLAH jikalau ada masa terluang akan "saya dan kerelatifan" akan menulis satu persatu plot2 pencarian ini,Semoga beroleh hidayah di sepanjang pencarian ini.Amin

Hayatilah Puisi iman syafie untuk renungan bersama

Puisi imam syafie:
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan
beradab itu sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkenalah , kau akan mendapat pengganti orang yang kau tinggalkan.
Berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung , mencemar
kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir ,
ia baik. Sekiranya ia tidak mengalir , tercemar.

Saturday 12 October 2013

Assalamualaikum,bertemu kita kembali di dalam post terbaru blog ini...setelah hampir sebulan lebih tidak menulis blog barulah "saya dan kerelatifan" berkesempatan untuk menulis.Semoga-moga di masa mendatang "saya dan kerelatifan" mempunyai banyak masa untuk berkongsi perkara2 yang berfaedah di blog ini,insyaALLAH

Ayat-ayat cinta tasauf dan ilmu hakikat 
Didalam post kali ini "saya dan kerelatifan" ingin sama2 menarik minat pembaca blog ini supaya meminati ilmu tasauf.Mungkin banyak para pembaca tidak menyedari kepentingan ilmu tasauf,tetapi ingin "saya dan kerelatifan" tegaskan di sini bahawa ilmu tasauf ini adalah penting dalam kehidupan beragama kerana ia adalah sebagai satu jalan menuju kepada ALLAH s.w.t.Berkata seorang guru mursyid yang sempat "saya dan kerelatifan" berguru sekejap di Melaka semasa di semester 2 iaitu

Al-Alim Al-Alamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy AL Mujahdidi  <<<KLIK

Merupakan ulamak terkemuka dunia iaitu memimpin kepada tarikat Rabbaniyah iaitu gabungan 40 tarikat didalamnya
katanya,"miskinlah bagi orang-orang yang tidak mengenal tarikat kerana tidak ada tempat untuk berpaut dalam hidup"
"saya dan kerelatifan" tidak mahu mengulas panjang mengenai kata2 beliau tetapi sudah terang dan jelas nyata bahawa apa yang diberitahu oleh beliau bahawa orang2 yang tidak belajar ilmu tarikat(tasauf) digambarkan sebagai orang2 miskin kerana tidak ada tempat untuk berpaut dalam hidup
ibarat orang yang belayar tanpa sauh dan ibarat orang berperang tanpa senjata begitulah perumpamaan yang saya dan kerelatifan hendak gambarkan untuk orang2 yang hidup tanpa ilmu tasauf.
"Saya dan kerelatifan" tidak mampu mengulas panjang lagi kerana "saya dan kerelatifan" amatlah cetek ilmu tasauf dan "saya dan kerelatifan" juga pernah tersesat dalam ilmu makrifat dan tasauf sehingga membawa kepada "sakit".tidaklah perlu "saya dan kerelatifan" bercerita mengenai "sakit" tersebut tetapi apa yang hendak "saya dan kerelatifan" mahu sampaikan di sini adalah mengenai kepentingan ilmu tasauf dan ilmu hakikat.
Disini "saya dan kerelatifan" hendak sertakan bait2 ayat tasauf dan hakikat yang boleh membuatkan pembaca teruja apabila mendengarnya
Pada tahap Iman Ayan sesorang itu sudah mula muraqobah yakni saling mengintai meninjau ninjau Kekasihnya. Hati mula merindui gelisah sayu seperti orang sedang mabuk asmara. Pada ketika ini hati mudah tersentuh apabila mendengar nama Allah di sebut sebut. Zikirnya ialah Allah Allah Allah Pada ketika ini hilanglah keakuan diri dan sudah mula masuk fasa mengesakan Allah Asma dan Sifat. Fana ia dalam Asma dan Sifat Allah. Terlepas lah ia dari syirik. Inilah serendah rendah iman yang wajar kita tempuhi. Mereka yang berada pada Iman Ayan ini amat kuat pegangan mereka dalam Syariat. Menggigit ia seperti gigitan gigi geraham. Bersatu ia akan Syariat dan hakikat. Tiada lagi Syariat yang kosong melainkan sudah terisi hakikatnya. Hakikatnya tidak hampa kerana bersendikan syariat Dakwaan membolehkan meninggalkan syariat apabila Hakikat sudah dicapai adalah dustaan semata dan termasuk makam sangka sangka. Ramai orang yang kononnya BerHAKIKAT mendakwa tidak perlu solat cukup sekadar berniat sahaja sebenarnya jauh menyimpang dari landasan Islam yg sebenarnya. Kewajipan solat itu tetap selamanya bahkan ketika kita mati pun KITA DISOLATKAN !Pada tahap iman Ayan ini Fanalah ia pada Sifat dan Asma Allah. Terlepaslah ia dari ke keTuhanan Aqal dan keTuhanan Diri yakni muktazilah dan qadariah diri. Tiada lagi syirik.Iman Haq - Iman yang di suluh dengan Musyahadahnya. Menyaksi ia akan Allah itu dengan Mata Hati atau Ainul Basyirah hinggalah mencapai ia ke arah keyakinan Iman yang lebih sempurna yakni Kamal Yakin. Biasanya mereka ini tenggelam dalam tawaduk. Amat cintakan Rasulullah s.a.w serta sunnahnya.
Amalnya dari Allah kepada Allah semata mata.

diambil dari facebook Tok Belagak (KLIK)(merupakan seorang pengamal ilmu perubatan Islam di darul saka)

dan didalam muka belakang kitab "mengenal diri" yang ditulis oleh anak murid Tok Kenali iaitu ulamak terkenal di Kelantan


Muka belakang kitab
Kitab Tok Kenali ini , mengajak kita menyeberangi semapadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingkap tabir Rahsia Allah yang tenggelam dilautan ghaib.

Kitab Makrifat adalah pengembaraan Ilmu Kalam, menuju binasa, fana’, zuk dan pengembaraan kalam menuju ILMU RASA. Ilmu Rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu Rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa Makrifat kepada Allah SWT.

Makrifat adalah penyuluh ilmu didalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib , yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.
 

Mungkin setakat ini dulu untuk "saya dan kerelatifan" nukilkan di post kali ini.Jikalau ada apa2 yang "saya dan kerelatifan" hendak tambah mungkin "saya dan kerelatifan" akan update dari semasa ke semasa

Saya dan kerelatifan tutup post kali ini dengan niat agar apa yang "saya dan kerelatifan" nukilkan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk arwah ayah di dalam kubur kerana arwah ayahla yang menjadi pemangkin kepada minat "saya dan kerelatifan" di dalam ilmu tasauf.Dialah yang banyak mengajar serba sedikit ilmu tasauf kepada "saya dan kerelatifan" semenjak dari kecil lagi."saya dan kerelatifan" dan adik beradik lain sentiasa disuruh olehnya membaca kitab tasauf dan makrifat setiap malam khamis sehingga menjadi hafalan mulut kami.

Terima kasih Ayah,semoga kita berjumpa di syurga Firdausi..ternyata benarlah katamu dunia ini bukanlah kehidupan yang sebenar,kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar  

#AL FATIHAH 

Monday 19 August 2013

Nasyid ini mengingatkanku kepada arwah ayah,sedih di hati tidak terkata..ayah pergi secara tiba-tiba tanpa sempat ku meminta ampun,tanpa sempat ku mencedok seberapa banyak ilmu dengannya,tanpa sempat ku menjadi anak yang soleh kepadanya,tanpa sempat ku membalas jasanya..tetapi walaubagaimanapun ternyata bahawa ALLAH s.w.t lebih menyayanginya..Semoga suatu hari nanti aku akan berjumpa kembali dengan ayah di akhirat kelak

#Al-Fatihah
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam 
Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh ayah dan dimasukkan ayah kedalam golongan orang2 yang bertakwa lagi dikasihaninya
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang , kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai , masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku , masuklah ke dalam syurga-Ku ". [Q. S. al-Fajr, 89: 27-30].

Tuesday 9 April 2013

Misteri Angka 13 Kod Skala Fibonacci

Assalamualaikum,bertemu kembali dalam post yang dijanjikan oleh 'saya dan kerelatifan' dalam post yang terdahulu iaitu mengenai Misteri Angka 13 Kod Skala Fibonacci. Suka untuk 'Saya dan kerelatifan' nukilkan disini bahawa post ini bukanlah fakta untuk diterima bulat-bulat tetapi adalah sebagai satu wadah untuk sama-sama mengajak para pembaca berfikir mengenai misteri ini.Mudah-mudahan ia akan membawa kebaikan kepada 'saya dan kerelatifan' dan para pembaca keseluruhannya..InsyaALLAH..


Angka 13 



Umum mengetahui bahawa angka 13 adalah turutan nombor biasa yang terjadi selepas nombor 12 dan terletak diantara nombor 12 dan 14.Namun apa yang menjadi persoalan yang hendak 'saya dan kerelatifan' nukilkan di sini adalah 'turning point' terjadinya ratio emas dalam kod skala fibonacci adalah pada angka 13..seperti yang telah disebut di dalam entri sebelum ini KLIK SINI

Oleh itu 'saya dan kerelatifan' cuba mengaitkan misteri angka 13 dalam kod skala fibonacci ini dengan misteri angka 13 yang menjadi kepercayaan di seluruh dunia

'Unlucky Thirteen'


Masyarakat di barat dan china kebanyakannya mempercayai angka 13 akan membawa malang atau 'sial' kepada mereka.Kepercayaan ini dikenali sebagai Triskaidekaphobia
Mengikut kepercayaan mereka:
 -Pada malam sebelum Jesus Christ mati disalib,terdapat 13 pengikut yang makan malam bersama Jesus Christ
-Jesus Christ mati disalib pada tarikh hari Jumaat yang ke 13
-Pada hari Jumaat 13 Oktober, 1307, Raja Philip IV dari Perancis mengarahkan penangkapan Knights Templar. Templar telah didakwa dengan pelbagai kesalahan. Ramai daripada tertuduh mengaku kepada pertuduhan di bawah penyeksaan. Banyak cerita mendakwa bahawa pada Jumaat ke 13 datang dari  sejarah kejatuhan Knights Templar. 
Akibat dari  Triskaidekaphobia ini banyak bangunan-bangunan dieropah dibina tanpa tingkat 13.

Biasanya perkiraan daripada tingkat 12 terus melompat ke tingkat 14.Mereka juga tidak akan berkahwin,tidak bekerja,tidak makan di restaurant,dan tidak akan bersiar-siar pada tarikh 13 haribulan yang jatuh pada hari jumaat.

Lucky Thirteen
KABBALAH

Adapun demikian,kaum yahudi menganggap bahawa angka 13 ini adalah angka yang suci.Dalam ajaran Kabbalah,(ajaran para penyihir dari zaman nabi Sulaiman a.s) mereka mempercayai bahawa  angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandung berbagai daya magik dari sisi agama, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkait Kabbalisme, mereka selalu menyusupkan unsur angka 13 ke dalamnya. 

Dipercayai dalam Jata Negara Amerika Syarikat terselindung unsur-unsur kabbalah 
Jata Negara Amerika Syarikat







-13 bintang di atas kepala Elang membentuk Bintang David.
-13 garis di perisai atau sayap burung.
-13 daun zaitun di kaki kanan burung.
-13 butir zaitun yang terletak di celah-celah daun zaitun.
-13 anak panah.
-13 bulu di hujung anak panah.
-13 huruf yang membentuk kalimat Annuit Coeptis
-13 huruf yang membentuk kalimat E Pluribus Unum
-13 lapisan batu yang membentuk piramid.
-13 X 9 titik yang mengelilingi Bintang David di atas kepala helang. 


Angka 13 dalam Islam
Adapun demikian, dalam Islam angka 13 ini tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan sesuatupun seperti tuah ataupun sial.
Barangsiapa yang mempercayai perkara yang sedemikian maka termasuklah dia didalam kalangan orang-orang yang mensyirikkan ALLAH s.w.t..Ini dijelaskan lagi dalam firmannya:

 “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [ Al An'am : 59 ]
 

 ”Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[ At Tholaq :3]


Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [ Al Hadid : 22 ]

Ini dikuatkan lagi dalam hadis Rasullullah s.a.w yang berbunyi

 Sesungguhnya seseorang kamu akan dikumpulkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk air mani. Kemudian ia akan menjadi segumpal darah seperti itu (40 hari), kemudiannya menjadi segumpal daging seperti itu (40 hari). Kemudian Allah akan mengutuskan kepadanya malaikat, lalu dia akan meniupkan roh kepadanya dan malaikat itu diperintahkan untuk menulis empat perkara: Tentang rezekinya, amalannya,  ajalnya dan samada celaka atau bahagia. Demi Yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya pasti  ada seseorang kamu yang (pada awal kehidupannya ia) beramal dengan amalan ahli syurga sehingga ia telah dekat untuk memasuki syurga sekadar satu hasta, tetapi takdir telah mendahului ia ( yang pada akhir kehidupannya) lalu ia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya pasti  ada seseorang kamu yang (pada awal kehidupannya) ia beramal dengan amalan ahli neraka sehingga ia telah dekat untuk memasuki neraka sekadar satu hasta, tetapi takdir telah mendahuluinya (pada akhir kehidupannya) lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia memasukinya. [Muttafaqun ‘alayh]-Hadis riwayat Ibnu Mas'ud


Adapun yang boleh dikaitkan dengan angka 13 adalah 13 rukun solat iaitu

Niat sholat ; sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak ; fadhilahnya , ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul ikhram ; fadhilahnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur
Al- Fatihah ; sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
Ruqu’ ; sebagai tikar kita di dalam kubur.
I’tidal ; akan memberikan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
Sujud ; memagari kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim.
Duduk diantara 2 sujud ;  akan menaungi panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk antara 2 sujud (akhir) ; menjadi kendaraan kita dipadang mahsyar.
Takhiyat akhir ; senagai penjawab bagi soal yang dikemukakan oleh malaikat Munkar & nakir.
Sholawat nabi ; senagai pendingin api neraka di dalam kubur.
Salam ; memelihara kita di dalam kubur.
Tertib ; pertemuan kita dengan Allah SWT.

 
 
Kesimpulannya, sempena mengambil angin politik yang sedang bertiup kencang didada-dada akhbar,dikaca-kaca televisyen,dan diskrin-skrin komputer mahupun laptop ketika post ini ditulis,'Saya dan Kerelatifan' tertarik untuk hendak meminjam kata-kata dari saudara Muhammad Mahzan( Makkah al Mukarammah).
katanya:
 
 ..didalam menyelami laman ini saya berpendirian begini, macam saya dah katakan...ini gurindam ku....ada yg mengarut dan lebihnya mencarut, ada yang menghentam kerana berdendam, ada yang nakal tulis semua tak masuk akal, ada yang jadi pak turut terus menjadi talibarut, ada fakta yang tidak disemak dikatakan dari ulamak, ada yang menulis bagaikan sajak macam dialah yang bijak, ada yang tulis menuduh tanpa bukti macam dialah jaguh parti, aib orang didedah dah tentu dia pun bermegah, jangan lah memaki hamun sebab itu perangai penyamun!
oh bangsaku bangsa melayu!...
jadilah bangsa melayu yang bijak agar kita tak terlajak, nak sokong mana itu hak dema, nak berdebat biarlah kita macam sahabat!.. tentunya kita dianggap hebat, jangan menghina sesama sendiri tanpa kita sedari, bangsa lain bersorak kita jadi melayu haprak....
jangan lah mengumpat dah tentu banyak dosa yang dapat, semua yang dikatakan orang dia kata salah!.. itu berat sebelah!
menafaatkan lah laman ini hari hari pertingkatkan ilmu diri, bertukar pendapat mendapat berkat!
apa pun jika ada kebenaran dan bukti akan saya ikuti penuh teliti. Janganlah ambil hati, jangan saya di caci dan dibenci. Ini semua sekadar saya bermahasabah diri. Salam sahabat saya mohon undur diri. Wassalam.