Misteri Angka 13 Kod Skala Fibonacci
Assalamualaikum,bertemu kembali dalam post yang dijanjikan oleh 'saya dan kerelatifan' dalam post yang terdahulu iaitu mengenai Misteri Angka 13 Kod Skala Fibonacci. Suka untuk 'Saya dan kerelatifan' nukilkan disini bahawa post ini bukanlah fakta untuk diterima bulat-bulat tetapi adalah sebagai satu wadah untuk sama-sama mengajak para pembaca berfikir mengenai misteri ini.Mudah-mudahan ia akan membawa kebaikan kepada 'saya dan kerelatifan' dan para pembaca keseluruhannya..InsyaALLAH..
Angka 13
Umum mengetahui bahawa angka 13 adalah turutan nombor biasa yang terjadi selepas nombor 12 dan terletak diantara nombor 12 dan 14.Namun apa yang menjadi persoalan yang hendak 'saya dan kerelatifan' nukilkan di sini adalah 'turning point' terjadinya ratio emas dalam kod skala fibonacci adalah pada angka 13..seperti yang telah disebut di dalam entri sebelum ini KLIK SINI
Oleh itu 'saya dan kerelatifan' cuba mengaitkan misteri angka 13 dalam kod skala fibonacci ini dengan misteri angka 13 yang menjadi kepercayaan di seluruh dunia
'Unlucky Thirteen'
Masyarakat di barat dan china kebanyakannya mempercayai angka 13 akan membawa malang atau 'sial' kepada mereka.Kepercayaan ini dikenali sebagai Triskaidekaphobia
Mengikut kepercayaan mereka:
-Pada malam sebelum Jesus Christ mati disalib,terdapat 13 pengikut yang makan malam bersama Jesus Christ
-Jesus Christ mati disalib pada tarikh hari Jumaat yang ke 13
-Pada hari Jumaat 13 Oktober, 1307, Raja Philip IV dari Perancis mengarahkan penangkapan Knights Templar. Templar telah didakwa dengan pelbagai kesalahan. Ramai daripada tertuduh mengaku kepada pertuduhan di bawah penyeksaan. Banyak cerita mendakwa bahawa pada Jumaat ke 13 datang dari sejarah kejatuhan Knights Templar.
Akibat dari Triskaidekaphobia ini banyak bangunan-bangunan dieropah dibina tanpa tingkat 13.
Biasanya perkiraan daripada tingkat 12 terus melompat ke tingkat 14.Mereka juga tidak akan berkahwin,tidak bekerja,tidak makan di restaurant,dan tidak akan bersiar-siar pada tarikh 13 haribulan yang jatuh pada hari jumaat.
Lucky Thirteen
Adapun demikian,kaum yahudi menganggap bahawa angka 13 ini adalah angka yang suci.Dalam ajaran Kabbalah,(ajaran para penyihir dari zaman nabi Sulaiman a.s) mereka mempercayai bahawa angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandung berbagai daya magik dari sisi agama, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkait Kabbalisme, mereka selalu menyusupkan unsur angka 13 ke dalamnya.
Dipercayai dalam Jata Negara Amerika Syarikat terselindung unsur-unsur kabbalah
Angka 13 dalam Islam
Adapun demikian, dalam Islam angka 13 ini tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan sesuatupun seperti tuah ataupun sial.
Barangsiapa yang mempercayai perkara yang sedemikian maka termasuklah dia didalam kalangan orang-orang yang mensyirikkan ALLAH s.w.t..Ini dijelaskan lagi dalam firmannya:
Lucky Thirteen
KABBALAH |
Adapun demikian,kaum yahudi menganggap bahawa angka 13 ini adalah angka yang suci.Dalam ajaran Kabbalah,(ajaran para penyihir dari zaman nabi Sulaiman a.s) mereka mempercayai bahawa angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandung berbagai daya magik dari sisi agama, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkait Kabbalisme, mereka selalu menyusupkan unsur angka 13 ke dalamnya.
Dipercayai dalam Jata Negara Amerika Syarikat terselindung unsur-unsur kabbalah
Jata Negara Amerika Syarikat |
-13 bintang di atas kepala Elang membentuk Bintang David.
-13 garis di perisai atau sayap burung.
-13 daun zaitun di kaki kanan burung.
-13 butir zaitun yang terletak di celah-celah daun zaitun.
-13 anak panah.
-13 bulu di hujung anak panah.
-13 huruf yang membentuk kalimat Annuit Coeptis
-13 huruf yang membentuk kalimat E Pluribus Unum
-13 lapisan batu yang membentuk piramid.
-13 X 9 titik yang mengelilingi Bintang David di atas kepala helang.
Angka 13 dalam Islam
Adapun demikian, dalam Islam angka 13 ini tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan sesuatupun seperti tuah ataupun sial.
Barangsiapa yang mempercayai perkara yang sedemikian maka termasuklah dia didalam kalangan orang-orang yang mensyirikkan ALLAH s.w.t..Ini dijelaskan lagi dalam firmannya:
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di
daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan
Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam
kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan
tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [ Al An'am : 59 ]
”Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[ At Tholaq :3]
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah.” [ Al Hadid : 22 ]
Ini dikuatkan lagi dalam hadis Rasullullah s.a.w yang berbunyi
“Sesungguhnya seseorang kamu akan
dikumpulkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk air
mani. Kemudian ia akan menjadi segumpal darah seperti itu (40 hari),
kemudiannya menjadi segumpal daging seperti itu (40 hari). Kemudian Allah akan
mengutuskan kepadanya malaikat, lalu dia akan meniupkan roh kepadanya dan
malaikat itu diperintahkan untuk menulis empat perkara: Tentang rezekinya, amalannya,
ajalnya dan samada celaka atau bahagia.
Demi Yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya pasti ada seseorang kamu yang (pada awal
kehidupannya ia) beramal dengan amalan ahli syurga sehingga ia telah dekat
untuk memasuki syurga sekadar satu hasta, tetapi takdir telah mendahului ia (
yang pada akhir kehidupannya) lalu ia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu
ia memasukinya. Dan sesungguhnya pasti
ada seseorang kamu yang (pada awal kehidupannya) ia beramal dengan
amalan ahli neraka sehingga ia telah dekat untuk memasuki neraka sekadar satu
hasta, tetapi takdir telah mendahuluinya (pada akhir kehidupannya) lalu ia
beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia memasukinya.” [Muttafaqun ‘alayh]-Hadis riwayat Ibnu Mas'ud
Adapun yang boleh dikaitkan dengan angka 13 adalah 13 rukun solat iaitu
Niat sholat ; sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak ; fadhilahnya , ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul ikhram ; fadhilahnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur
Al- Fatihah ; sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
Ruqu’ ; sebagai tikar kita di dalam kubur.
I’tidal ; akan memberikan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
Sujud ; memagari kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim.
Duduk diantara 2 sujud ; akan menaungi panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk antara 2 sujud (akhir) ; menjadi kendaraan kita dipadang mahsyar.
Takhiyat akhir ; senagai penjawab bagi soal yang dikemukakan oleh malaikat Munkar & nakir.
Sholawat nabi ; senagai pendingin api neraka di dalam kubur.
Salam ; memelihara kita di dalam kubur.
Tertib ; pertemuan kita dengan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment