fish

Sunday 27 March 2011

Dunia ini hanya isyarat elektrik?

Assalamualaikum
Post yang akan anda baca ini mendedahkan satu 
RAHSIA TERBESAR di dalam hidup anda. 
Anda perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana 
ia berkaitan dengan satu subjek yang 
pasti akan mengubah pandangan anda terhdap dunia luar. 
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan, 
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan 
falsafah kuno; tetapi ia diakui oleh setiap orang, 
samada mereka mempercayainya atai tidak, dan ia juga 
telah dibuktikan oleh sains hari ini…

Berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"
Pernahkah Kita  membayangkan  bahawa dunia luar ini hanya satu ilusi?Maksud dunia luar ini ialah segala apa yg kita rasa,lihat,dan dengar melalui pancaindera yg dikurniakan pencipta kepada kita iaitu mata,telinga,mulut, dan sebagainya.berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"




Semua pancaindera tersebut dikurniakan oleh pencipta untuk mengenal 'dunia luar' ini iaitu dunia yg kita huni pd masa sekarang.
Di dalam ayat Al-quran ALLAH s.w.t berfirman "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al A’raf:179)

Didalam bukunya

Keabadian Baru Bermula
lebih kurang
segala apa yang ada di sekeliling kita yang kita nampak samada ibu,ayah,adik,kakak,komputer,televisyen,kereta,haiwan,bola adalah isyarat elektrik semata-mata.seperti juga sentuhan,rasa (manis,tawar,masin,pahit)adalah semata-mata isyarat elektrik yang dihantar ke otak kita



kita ambil satu contoh(maaf pemahaman dalam biologiku kurang sikit)


Tuan2 pernah merasai panaskan?sudah tentu apabila tuan2 mendekati sesuatu yg panas  seperti api menyebabkan diri tuan2 lari dari api tersebut.Mengapa ini berlaku?Ini kerana terdapat 'pengesan khas' yang diletakkan pada diri tuan2 oleh pencipta untuk mngesan bahaya yg akan brlaku.





semua ini dapat diterangkan melalui biology iaitu apabila kulit kita dekat dengan haba, 'sensory' neuron2  di sekeliling kulit kita akan mengesan kepanasan itu dan menghantar isyarat elektrik ke otak sebelum otak mengarahkan 'effector neuron' atau 'motor neuron' untuk mengalihkan badan kita dari haba atau api tersebut.(maaf jika peneranganku kurang jelas)


seperti juga kita mendengar sesuatu bunyi,rasa(mnis,masam,pahit,dan masin)



-semuanya dihantar dalam bentuk isyarat elekrik ke otak kita sebelum ditafisir dan dilakukan sesuatu tindakan.


Adapun demikian,ada 'inhibitor'(perencat) yang boleh menghalang isyarat elektrik ini untuk sampai ke otak, contohnya ubat bius(diambil dari bisa ular) dan sebgainya







Kesimpulannya semua ini menjelaskan bahawa dunia yg kita rasa sekarang ni bergantung sepenuhnya kpd 'isyarat elektrik' yg diterima oleh otak kita.Jika tiada langsung isyarat elektrik yg diterima oleh otak kita maka dunia 'fana' ini adalah tidak wujud! dan pada masa itu kita dapat simpulkan sebagai kematian.


Benarlah kata2 saidina uthman yang mengatakan 'dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia'




Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti yang terang, maka barangsiapa yang mahu melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa yang buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratanlah kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemeliharamu. (Surah Al-An'aam:104) 


Nampaknya setakat ini sajalah postku buat kali ini.Wallahua'lam 



Thursday 24 March 2011

Masa dicipta dari TIADA Kepada ADA


P/s:Blog ini ditulis hasil daripada perbualanku dengan kawan2,pembacaanku melalui internet,buku,ceramah-ceramah yg didengari.Kalau ada slah dan silap minta diperbetulkan.Hanya ALLAH s.w.t lebih mengetahui.


ASSALAMUALAIKUM
Pernahkah tuan2 terfikir mengenai masa sebelum ini dan sebelum ini?Bagaimanakah masa itu bermula?Jika kita terus berfikir tentang masa sebelum ini dan sebelum ini dan bagaimana masa itu bermula, pasti dan pasti kita akan menjadi isim(gila) kerana ia melewati batasan akal manusia.Jadi bagaimanakah penjelasan dari segi lojik akal mengenai perkara ini?Didalam post kali ini kita akan merungkai sama2 kekusutan dalam fikiran kita selama ini di dalam blog yang bertajuk

            Masa dicipta dari TIADA Kepada ADA

Penciptaan Mesin Masa?
Di sana ada pula satu khayalan dimana penciptaan mesin masa dapat membolehkan manusia kembali ke masa lampau dan masa depan seperti dalam filem hollywood 'Back to the Future'

Back to the Future Poster

Cerita ini mengisahkan bagaimana seseorang itu boleh pergi ke masa depan dan masa lampau dengan menggunakan sebuah kereta yang diubahsuai sebagai 'mesin masa'.Tetapi pada hakikatnya seperti yg telah dibincangkan di post yang sebelum ini bahawa masa depan dan masa lampau adalah tidak wujud!Ia hanyalah persepsi minda manusia!

Jadi bagaimanakah untuk membuktikan bahawa masa itu dicipta dari tiada kepada ada?
Berdasarkan buku Giancoli,Physics For Scientists & Engineers With Modern Physics.(Fourth Edition).Halaman 979
                
Disebutkan"In 1929 the american astronomer Edwin Hubble(1889-1953)found that radiation from atoms in many galaxies is red shifted.That is,the frequencies of light emitted are lower than those emitted by stationary atoms on earth,suggesting that the galaxies are receeding from us.This is the origin of idea that is universe is expanding.

Disebutkan dalam AL-Quran(surah al-anbiya ayat 30)

SURAH AL-ANBIYA' : 30 DAN AN-NAHL AYAT 78

Al-Anbiya' : 30

21:30 Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?

Ketika aku menghadiri seminar 'Misunderstanding in Islam' di uitm puncak alam.Aku masih ingat lagi kata2 Brother Lim Jooi Soon (bekas penganut Buddha dan Kristian)

katanya(lebih kurang):"PENEMUAN BAHAWA ALAM SEMESTA INI SEMAKIN BERKEMBANG DAN SEMAKIN MEMBESAR MENGIKUT MASA ADALAHPENEMUAN SAINTIFIK PALING BERJAYA PADA ABAD KE 20"(JOM TENGOK VIDEO NI)tumpu perhatian kpd minit 5:20 dan seterusnya.



katanya lagi(lebih kurang)."Jika kita undurkan masa, maka alam ini serta seluruh galaksi akan menjadi semakin        
lama semakin mengecut dan semakin mengecil hingga sampai kepada satu'single point' dan akan terus hilang".
Dan apa yang menarik perhatian"jadi,Pencipta yang sebenar adalah mesti di luar lingkungan masa,ruang, dan jisim."

Tengok kepada agama lain selain daripada islam, tuhan mereka terikat kepadaruang masa dan jisim

ruang masa dan jisim
KRISTIAN

 ruang masa dan jisim
BUDDHA


ruang masa dan jisim
HINDU

KESIMPULANNYA IALAH TUHAN AGAMA LAIN TIDAK LAYAK DISEMBAH KERANA TIDAK LAYAK MENJADI PENCIPTA.
SATU-SATUNYA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH ADALAH ALLAH KERANA DIA TIDAK TERIKAT KEPADA RUANG MASA DAN JISIM
NAMPAKNYA SETAKAT INI DULU POST DALAM BLOG AKU INI.KU SUDAHI POST KALI INI DENGAN LAFAZ 




"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH".(TIADA SEKUTU BAGIMU YA ALLAH,HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH).


Tuesday 22 March 2011

Pandangan Harun Yahya mengenai konsep kerelatifan masa

Assalamualaikum

Pandangan Harun Yahya mengenai konsep kerelatifan masa

Didalam entry yang lepas ada dinyatakan bahawa konsep masa yang tidak tetap(relatif).Mungkin kita masih tertanya-tanya manakah penjelasan yang lebih jelas mengenai konsep kerelatifan masa ini?.Atas maksud tersebut aku ingin  mengutarakan pandangan harun yahya berdasarkan bukunya

Relativiti Masa Dan Hakikat Takdir


Berkata Harun Yahya dalam buku ini dan dalam buku2 yang lain seingatku.





" Bayangkan jika kita letak seorang budak dalam sebuah bilik,dan kita terangi bilik itu dengan cahaya matahari buatan (andaikan).Kita biarkan budak itu didalam bilik tersebut selama 2 hari(p/s:ini hanya sekadar contoh bukan yang sebenar) iaitu 48 jam tanpa menunjukkan waktu atau masa kepadanya sepanjang dia berada di dalam bilik tersebut.Selepas dia keluar dari bilik itu(2 hari mengikut perkiraan kita)





Selepas dia keluar dari bilik itu,cuba kita tanya"berapa lama kamu tinggal di bilik itu?sudah tentu ia akan menjawab,"sehari atau kurang daripada itu".Tetapi hakikatnya masa sebenar sudah berlalu ialah selama 2 hari.

Dan didalam kes yang ke-2 harun yahya menyatakan bahawa-Bayangkan jika kita berdiri dihadapan sebuah pintu,di depan pintu itu ada sebuah kerusi.Tiba2 kita nampak seorang lelaki masuk dari pintu itu,tutup pintu,dan duduk diatas kerusi dihadapan pintu itu.Dan kita berada di masa sekarang!!dimana kita hanya lihat seorang lelaki duduk dia atas sebuah kerusi
 
200235655-006, David Woolley /Taxi

Apa yang hanya dapat kita lakukan hanyalah dapat mengingat bagaimana cara lelaki itu masuk,buka piintu,tutup pintu dan duduk diatas kerusi tersebut.Dan semua itu adalah datang daripada minda kita atau ingatan kita.

Dari kes 1 dan kes 2 kita dapat tafsirkan bahawa masa hanyalah persepsi minda manusia.Jika manusia tidak diberi daya ingatan oleh pencipta untuk mengingati masa lampau dan menjangkakan masa depan,maka masa lampau dan masa depan tidak wujud

nampaknya setakat ini dulu untuk blog kali ini.P/s:untuk blog seterusnya kita akan membincangkan dan membuktikan bahawa masa itu dicipta dari tiada kepada ada,dan membuktikan kewujudan pencipta yang agung.

Monday 21 March 2011

Kerelatifan adalah satu misteri:kerelatifan masa

Ku mulai blog yg pertama ku tulis dengan surah AL-fatihah.Semoga sentiasa diberkati oleh-Nya.







ketika blog ini ditulis aku baru sahaja balik dari uitm puncak alam.Idea untuk menulis blog ini datang daripada kawanku Ahmad Farhan.


P/s:Blog ini ditulis hasil daripada perbualanku dengan kawan2,pembacaanku melalui internet,buku,ceramah-ceramah yg didengari.Kalau ada slah dan silap minta diperbetulkan.Hanya ALLAH s.w.t lebih mengetahui.



Kerelatifan masa




Kerelatifan masa merujuk kepada masa yg tidak tetap.Berkata kawanku,Ahmad Fauzan(asasi sains uitm) yang
lebih kurang"jika kita cakap masa sekarang!maka masa sekarang sudah berlalu".

Berkata kawanku pijo(shafizul)-asasi sains uitm("bandingkan masa kita menunggu bas dan masa menjawab exam")sudah tentu masa menjawab exam dirasakan sebentar dari masa menunggu bas.(kita ambik 3 jam masa  bagi kedua2 kejadian)



       
Berkata Albert Einstein,"jika sesuatu objek itu semakin menjauhi pusat bumi,maka masa akan menjadi semakin berkurang"

Dan apa yang sangat menakjubkan fakta mengenai kerelatifan masa  ini telah tercatat dalam AL-quran didalam kisah ashabul kahfi dimana mereka merasakan mereka tidur selama sebentar padahal mereka tidur lebih 3 kurun




Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (surah Al-Kahfi:11-12)

Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab : "kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau. (surah Al-Kahfi:19)

Di dalam ayat lain ALLAH s.w.t menyebut kisah seorang lelaki yang melalui sebuah kota yang runtuh:


Atau (tidakkah engaku pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata : "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "berapa lama engkau tinggal (di sini ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(surah Al-Baqarah:259)




nampknya setakat ini dulu blog yang dapat kutulis.InsyaALLAH  aku akan sambung mengenai kerelatifan masa ini dalam waktu yang lain.Wallahua'lam bissowab

P/s:aku akan sambung mengenai pandangan Harun Yahya mengenai konsep masa ini dalam blog seterusnya.