fish

Tuesday 22 March 2011

Pandangan Harun Yahya mengenai konsep kerelatifan masa

Assalamualaikum

Pandangan Harun Yahya mengenai konsep kerelatifan masa

Didalam entry yang lepas ada dinyatakan bahawa konsep masa yang tidak tetap(relatif).Mungkin kita masih tertanya-tanya manakah penjelasan yang lebih jelas mengenai konsep kerelatifan masa ini?.Atas maksud tersebut aku ingin  mengutarakan pandangan harun yahya berdasarkan bukunya

Relativiti Masa Dan Hakikat Takdir


Berkata Harun Yahya dalam buku ini dan dalam buku2 yang lain seingatku.





" Bayangkan jika kita letak seorang budak dalam sebuah bilik,dan kita terangi bilik itu dengan cahaya matahari buatan (andaikan).Kita biarkan budak itu didalam bilik tersebut selama 2 hari(p/s:ini hanya sekadar contoh bukan yang sebenar) iaitu 48 jam tanpa menunjukkan waktu atau masa kepadanya sepanjang dia berada di dalam bilik tersebut.Selepas dia keluar dari bilik itu(2 hari mengikut perkiraan kita)





Selepas dia keluar dari bilik itu,cuba kita tanya"berapa lama kamu tinggal di bilik itu?sudah tentu ia akan menjawab,"sehari atau kurang daripada itu".Tetapi hakikatnya masa sebenar sudah berlalu ialah selama 2 hari.

Dan didalam kes yang ke-2 harun yahya menyatakan bahawa-Bayangkan jika kita berdiri dihadapan sebuah pintu,di depan pintu itu ada sebuah kerusi.Tiba2 kita nampak seorang lelaki masuk dari pintu itu,tutup pintu,dan duduk diatas kerusi dihadapan pintu itu.Dan kita berada di masa sekarang!!dimana kita hanya lihat seorang lelaki duduk dia atas sebuah kerusi
 
200235655-006, David Woolley /Taxi

Apa yang hanya dapat kita lakukan hanyalah dapat mengingat bagaimana cara lelaki itu masuk,buka piintu,tutup pintu dan duduk diatas kerusi tersebut.Dan semua itu adalah datang daripada minda kita atau ingatan kita.

Dari kes 1 dan kes 2 kita dapat tafsirkan bahawa masa hanyalah persepsi minda manusia.Jika manusia tidak diberi daya ingatan oleh pencipta untuk mengingati masa lampau dan menjangkakan masa depan,maka masa lampau dan masa depan tidak wujud

nampaknya setakat ini dulu untuk blog kali ini.P/s:untuk blog seterusnya kita akan membincangkan dan membuktikan bahawa masa itu dicipta dari tiada kepada ada,dan membuktikan kewujudan pencipta yang agung.

No comments:

Post a Comment