Assalamualaikum
Post yang akan anda baca ini mendedahkan satu
RAHSIA TERBESAR di dalam hidup anda.
Anda perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana
ia berkaitan dengan satu subjek yang
pasti akan mengubah pandangan anda terhdap dunia luar.
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno; tetapi ia diakui oleh setiap orang,
samada mereka mempercayainya atai tidak, dan ia juga
telah dibuktikan oleh sains hari ini…
Berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"
Pernahkah Kita membayangkan bahawa dunia luar ini hanya satu ilusi?Maksud dunia luar ini ialah segala apa yg kita rasa,lihat,dan dengar melalui pancaindera yg dikurniakan pencipta kepada kita iaitu mata,telinga,mulut, dan sebagainya.berkata saidina uthman bin affan r.a "dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia"
Semua pancaindera tersebut dikurniakan oleh pencipta untuk mengenal 'dunia luar' ini iaitu dunia yg kita huni pd masa sekarang.
Di dalam ayat Al-quran ALLAH s.w.t berfirman "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al A’raf:179)
Didalam bukunya
Keabadian Baru Bermula
lebih kurang
segala apa yang ada di sekeliling kita yang kita nampak samada ibu,ayah,adik,kakak,komputer,televisyen,kereta,haiwan,bola adalah isyarat elektrik semata-mata.seperti juga sentuhan,rasa (manis,tawar,masin,pahit)adalah semata-mata isyarat elektrik yang dihantar ke otak kita
kita ambil satu contoh(maaf pemahaman dalam biologiku kurang sikit)
Tuan2 pernah merasai panaskan?sudah tentu apabila tuan2 mendekati sesuatu yg panas seperti api menyebabkan diri tuan2 lari dari api tersebut.Mengapa ini berlaku?Ini kerana terdapat 'pengesan khas' yang diletakkan pada diri tuan2 oleh pencipta untuk mngesan bahaya yg akan brlaku.
semua ini dapat diterangkan melalui biology iaitu apabila kulit kita dekat dengan haba, 'sensory' neuron2 di sekeliling kulit kita akan mengesan kepanasan itu dan menghantar isyarat elektrik ke otak sebelum otak mengarahkan 'effector neuron' atau 'motor neuron' untuk mengalihkan badan kita dari haba atau api tersebut.(maaf jika peneranganku kurang jelas)
seperti juga kita mendengar sesuatu bunyi,rasa(mnis,masam,pahit,dan masin)
-semuanya dihantar dalam bentuk isyarat elekrik ke otak kita sebelum ditafisir dan dilakukan sesuatu tindakan.
Adapun demikian,ada 'inhibitor'(perencat) yang boleh menghalang isyarat elektrik ini untuk sampai ke otak, contohnya ubat bius(diambil dari bisa ular) dan sebgainya
Kesimpulannya semua ini menjelaskan bahawa dunia yg kita rasa sekarang ni bergantung sepenuhnya kpd 'isyarat elektrik' yg diterima oleh otak kita.Jika tiada langsung isyarat elektrik yg diterima oleh otak kita maka dunia 'fana' ini adalah tidak wujud! dan pada masa itu kita dapat simpulkan sebagai kematian.
Benarlah kata2 saidina uthman yang mengatakan 'dunia ini dipenuhi tipu daya,oleh itu janganlah kamu tertipu oleh tipu daya dunia'
Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti yang terang, maka barangsiapa yang mahu melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa yang buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratanlah kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemeliharamu. (Surah Al-An'aam:104)
Nampaknya setakat ini sajalah postku buat kali ini.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment