fish

Monday 21 January 2013

Skala Fibonacci

Assalamualaikum,,Ketika post ini ditulis 'Saya dan Kerelatifan' sedang menghabiskan cuti semester 3 selama sebulan..InsyaALLAH semoga cuti ini akan  terisi dengan benda2 yang bermanfaat untuk 'Saya dan Kerelatifan' semua..

Sebenarnya banyak Idea untuk ditulis dan dikongsi di Blog ini tetapi belum tiba masanya lagi untuk 'Saya dan Kerelatifan' nukilkan..Mengenai kajian mengenai  Agama Kristian,Hindhu,dan Buddha 'Saya dan Kerelatifan' dengan secara terpaksanya untuk 'hold' sementara mengenai kajian mengenai tersebut..bukannya berputus asa atau takut tersesat  tetapi tidak ada guru secara langsung dalam ilmu ini..risau-risau Isim pula  di kemudian hari..

Mungkin 'Saya Dan Kerelatifan' perlu meneruskan kajian dalam bidang yang tak terlalu berat dan tidaklah 'gila' diperkatakan orang..mungkin... 

Kod Skala Fibonacci
Sebenarnya sudah lama 'Saya dan Kerelatifan' hendak menulis mengenai kod ini..Kod ini bermula dengan urutan 1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89 dan seterusnya

Bagaimanakah untuk mendapat Kod ini?

Untuk mendapat Kod ini tidaklah susah,ia hanya perlu menambah nombor sebelumnya

0+1 =1

1+1 =2

2+1  =3  

3+2 =5 

5+3 = 8

dan seterusnya

Apakah Istimewanya Kod-Kod ini?
Mari kita Lihat Video ini..sungguh mengagumkan untuk 'saya dan kerelatifan' gambarkan 


 Dunia ini adalah Matematik..itulah yang saya dan kerelatifan dapat simpulkan..Kebanyakan design ciptaan ALLAH s.w.t yang mempunyai bentuk spiral contohnya seperti Telinga,Cangkerang,Bunga Matahari,Air berpusing disingki semuanya mengikut skala ini iaitu 1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89 dan seterusnya

Telinga


 Air Berpusing



Bunga Matahari

Dan Apa yang menariknya setiap urutan nombor fibonacci ni apabila melepasi angka 13 jikalau dibahagi dengan nombor sebelumnya(cth: 21/13,
34/21,55/21 dan seterusnya akan menghasilkan ratio emas iaitu dikenali juga sebagai Phi


GOLDEN RATIO (RASTO EMAS) = 1.618
233 / 144 = 1.618
377 / 233 = 1.618
610 / 377 = 1.618
987 / 610 = 1.618
1597 / 987 = 1.618


Dan apa yang menarik persoalan besar di sini adalah mengapa Ratio emas ini mesti melepasi angka 13 mengikut skala fibonacci?Adakah nombor 13 ini sebagai satu garis pemisah atau satu titik 'turning point' dalam setiap design-design alam ini?Ada apa pada angka 13?


Didalam post yang akan datang insyaALLAH 'saya dan kerelatifan' akan mencari perkaitan mengenai angka 13,Ratio emas,dan urutan Fibonacci ini..Coming soon MISTERI ANGKA 13 SKALA FIBONACCI






















1 comment:

  1. Setiap makhluk ciptaanNya adalah bermula dengan nombor 1.
    *makanya, bermula daripada nombor 1 dan seterusnya adalah ciptaan (makhluk).

    Persoalan kerelatifan :

    1. Di manakah kedudukan untuk Maha Pencipta sekalian makhluk?
    2. Apakah kewajaran nombor yang sesuai utk Maha Pencipta sekalian makhluk?

    Jigsaw puzzle : nombor dan kerelatifan...

    ReplyDelete