fish

Friday 26 October 2012

Kisah Hidup Jesus Christ berdasarkan Bible,Perbincangan John 5:7

 
Assalamualaikum,bertemu kembali kita dalam post yang ke 2 blog ini mengenai 'Comparative religion' ataupun perbandingan agama.Pada post kali ini 'saya dan kerelatifan' akan berkongsi dan menulis mengenai Kisah hidup Jesus Christ dan Perbincangan ayat trinity dalam bible iaitu John Chapter 5 ayat 7.
   Sekali lagi 'saya dan kerelatifan' menjelaskan post ini bukan bertujuan untuk menyesatkan umat Islam ataupun mengajak umat Islam ke arah agama lain tetapi lebih bertujuan mengukuhkan akidah Islam itu sendiri dan memperlihatkan kebenaran Islam berbanding agama lain.. Firman ALLAH s.w.t  "Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya perkara yang batil itu akan lenyap." (Surah Isra' ayat 81)
  Jadi untuk tujuan demikian,perbandingan agama adalah penting untuk kita umat Islam berdakwah kepada bukan Islam.Manakan mungkin kita senang mengajak mereka kepada Islam jika kita tidak mempunyai tauhid yang kuat dan kita juga tidak mempunyai ilmu tentang agama mereka ibarat kita hendak bercakap mengenai air sungai,air laut pula yang digambarkan kerana kita tidak mengenal apa itu air sungai.(warnanya,rasanya,sifatnya dsb)
 (Air laut)          (Air Sungai)

Oleh itu,Perbandingan agama ini adalah salah satu daripada cabang yang tidak boleh disangkal lagi dalam konsep dakwah Islam itu 
sendiri

 Alhamdulillah  'saya dan kerelatifan' telah menghadiri seminar comparative religion yang diadakan di Nilam Puri,Kota Bharu Kelantan.Banyak info yang berguna 'saya dan kerelatifan' perolehi mengenai agama kristian yang kebanyakan orang Islam tidak mengetahuinya.
 (Bro Engku Fauzi)
Salah seorang speaker di seminar itu ialah bro engku Fauzi iaitu seorang pengkaji agama kristian selama 10 tahun jikalau tak silap dan pernah belajar bible dengan beberapa orang paderi.Di sini 'saya dan kerelatifan' akan menulis serba sedikit perkongsian mengenai Kisah hidup Jesus Christ di dalam bible yang 'saya dan kerelatifan' dapat melalui bro engku fauzi di seminar tersebut.Semoga bermanfaat

Kisah Hidup Jesus Christ Berdasarkan Bible
Didalam bible,tidak terdapat mengenai kisah hidup Jesus Christ ketika dia masih kecil ataupun remaja.Ketika umurnya mencecah 30 tahun,Jesus diabptis dan terus ke rumah ibadat orang yahudi dan terus berkhutbah(ini menunjukkan Jesus tidak membawa ajaran baru kerana dibenarkan oleh orang yahudi untuk berkhubah dan tidak dihalau)
 


(Jesus Christ sedang berkhutbah di rumah ibadat orang yahudi)

Ketika itu tidak ada gereja dan yang paling penting Jesus tidak pernah ke gereja.Tiada dalam bible Jesus ajak kepada agama baru(hanya berkhutbah kepada bani Israil sahaja).
  Khutbah Jesus Christ hanya boleh bertahan 3 tahun saja kerana rabai-rabai yahudi marah dan benci kepada Jesus Christ kerana Jesus Christ mengambil tempat mereka di hati orang2 yahudi.
  Jadi mereka menggunakan pengaruh Kerajaan Rome ketika itu dengan menfitnah Jesus Christ.Lalu Gabenor rome menghantar askar untuk menangkap Jesus Christ.Ketika itu para askar tidak kenal Jesus Christ,ada seorang anak murid Jesus Christ sendiri menjadi pembelot selepas disogok wang untuk membawa askar kepada Jesus Christ iaitu (Judas Iskandariot)
(Judas Iskandariot)

Jesus Christ ditangkap pada malam jumaat,dibawa mengadap kepada rabai2 yahudi untuk dibicarakan dan seterusnya dibawa kepada Gabenor untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.Jesus Christ dihukum mati di tiang salib pada hari Jumaat.(remembering good Friday)
 
 (Jesus Disalib)
Selepas disalib,mayat Jesus diturunkan dan tak sempat hendak ditanam.Antara tradisi orang yahudi ketika itu tidak menanam terus mayat.Mayat disimpan
 Pada pagi Ahad,2-3 orang pengikut Jesus Christ mahu membuat upacara pengkebumian dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati mayat Jesus hilang.
  Merekapun berbincang dalam sebuah bilik mengenai misteri kehilangan mayat Jesus.Tiba-tiba menjelmalah Jesus Christ di dalam bilik tersebut di hadapan mereka dan bercakap "aku bukan hantu,aku daging" untuk membuktikan dia hidup kembali.Dalam bible,Jesus hidup balik bukan dalam bentuk hantu.
 Selepas bangkit daripada mati,Jesus bersama pengikutnya selama 40 hari dan 40 malam.Pada tempoh tersebut,Jesus tidak pernah ajar mengenai tebus dosa,mati pada hari jumaat dan hidup balik pada hari ahad cuma Jesus minta nak makan Ikan.Ada bible versi  lain mengatakan selama tempoh itu Jesus berpuasa selama 40 hari dan sebab itu ada kristian yang berpuasa 40 hari.
 
  Pada hari ke 40,malaikat datang dan mengangkat Jesus naik ke langit.Malaikat berkata"Jesus Christ akan turun pada suatu hari nanti sepertimana naiknya dia pada hari ini"-Sama dalam Islam iaitu nabi Isa a.s akan turun sebelum kiamat.

(P/s: semua gambar di atas adalah ilustrasi dalam agama kristian semata-mata,adapun dalam agama Islam tidak boleh dibayangkan nabi Isa a.s walhal malaikat sekalipun) 
 
John 5:7,Trinity dalam bible?

 Selain itu,'saya dan kerelatifan' mendapat tahu dari bro Engku Fauzi bahawa trinity tidak ada dalam bible
 (Trinity-Tuhan Bapa,Tuhan anak,Roh Kudus)

  Ini berdasarkan fakta sejarah iaitu pada tahun 325 di Nicaea berlaku krisis ketuhanan terbesar dalam agama kristian - satu golongan kata Jesus Tuhan dan satu golongan lagi kata Jesus bukan Tuhan.Mereka pun membuat persidangan yang dipengerusikan oleh bukan kristian(kaisar) dan mengambil keputusan bahawa Jesus adalah tuhan
  (Persidangan di Nicaea)
 Oleh itu sesiapa yang tidak mempercayai Jesus itu tuhan hendaklah dibunuh.Ribuan Kristian  dibunuh oleh Constatine kerana tak percaya Jesus itu Tuhan 
  Pada tahun 385 Masihi(60 tahun kemudian),akibat fatwa Constatine,Bible yang pertama dibukukan 
 Pada tahun 451 Masihi,Paderi Kristian berdebat di Chaceledom.Antara isi kandungan debat mereka 
-Tuhan bapa ada di syurga
-Tuhan  anak ada di syurga
-Tuhan Bumi mana?
  Maka wujudlah Tuhan bumi iaitu Roh Kudus dan terciptalah Trinity iaitu  Tuhan Bapa,Tuhan anak,Roh Kudus.Trinity tidak ada di dalam bible kerana bible datang dulu pada tahun 385 Masihi dan Trinity pada tahun 451 Masihi.
    Hendak dijadikan cerita,ketika 'saya dan kerelatifan' chatting dengan salah seorang penganut Kristian Protestan lalu 'saya dan kerelatifan pun bertanya benarkah Trinity tidak ada dalam bible?.Lalu dia menjawab ada,dan memberi ayat ini iaitu John Chapter 5 ayat 7

  For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one

1 John 5:7

King James Version (KJV)

Ini membuatkan 'saya dan kerelatifan' terfikir,betulkah dakwaan bro engku fauzi?adakah bro Engku Fauzi memberi maklumat yang palsu?Lalu 'saya dan kerelatifan' pun bertanya kepada salah seorang rakan yang membuat comparative religion iaitu bro Moja Mojako

Moja Mojako http://www.facebook.com/moja.mojako.106

 
 
 
 
  












Dan diapun memberitahu- Just open your Bible and it ll speaks for itsself.

1John, Verse 7:
For there are three that testify:

1John, Verse 8:
the *Spirit, the water and the blood; and the three are in agrement.

________________________________________
footnote:
* Late manuscripts of the Vulgate "testify in heaven : The Father, The Word and the Holy Spirit, and these three are one. 8 And there are three that testify on earth: the (not found in any Greek manuscript before the sixteenth century)

Dan diapun memberitahu lagi berserta tafsir ayat itu sekali dalam bible:

 

I. It is missing in all the earlier Greek manuscripts, for it is found in no Greek manuscript written before the 16th century. Indeed, it is found in only two Greek manuscripts of any age - one the Codex Montfortianus, or Britannicus, written in the beginning of the sixteenth century, and the other the Codex Ravianus, which is a mere transcript of the text, taken partly from the third edition of Stephen's New Testament, and partly from the Complutensian Polyglott. But it is incredible that a genuine passage of the New Testament should be missing in all the early Greek manuscripts.
II. It is missing in the earliest versions, and, indeed, in a large part of the versions of the New Testament which have been made in all former times. It is wanting in both the Syriac versions - one of which was made probably in the first century; in the Coptic, Armenian, Slavonic, Ethiopic, and Arabic.
 Tafsir bahasa melayu(google translate)
 I. Ia tidak ada dalam semua manuskrip awal Yunani, kerana ia didapati tidak ada dalam manuskrip Yunani yang ditulis sebelum abad ke-16. Malah, ia didapati  hanya dalam dua manuskrip Greek dalam mana-mana tahun - satu Codex Montfortianus, atau Britannicus, yang ditulis pada awal abad keenam belas, dan lain Codex Ravianus iaitu  transkrip teks semata-mata, diambil sebahagiannya daripada edisi ketiga Perjanjian Baru Stephen, dan sebahagiannya dari Polyglott Complutensian. Tetapi ia adalah luar biasa bahawa laluan tulen Perjanjian Baru harus hilang dalam semua manuskrip Yunani awal.

II. Ia hilang dalam versi terawal, dan, sememangnya, dalam sebahagian besar versi Perjanjian Baru yang telah dibuat dalam semua bekas kali. Ia diperlukan dalam kedua-dua versi Suryani - salah satu yang telah dibuat mungkin pada abad pertama; dalam Koptik, Armenia, Slav, Etiopia, dan Arab.


Ini menunjukkan bahawa ayat ini tidak ada dalam bible versi awal dalam bahasa greek lama sebelum 1600 masihi.Ayat mengenai trinity hanya ada dalam sesetengah versi sahaja seperti New King James Version (NKJV) dan banyak hilang dalam versi yang lain contohnya New International Version(NIV) berbunyi "Sir,the invalid replied,"I have no one to help me into the pool when the water is stirred.While I am trying to get in,someone else down ahead me."(NIV ZON DER VAN)

Kesmpulannya saya dan kerelatifan hendak mengambil petikan kata2 Bro mas Yuri iaitu antara speaker comparative religion bersama bro engku Fauzi.Katanya

 
Salah 1 point yg saya akan guna time saya nak buktikan Quran itu terpelihara dari sebarang perubahan ialah isu "Quran dibakar zaman Usman" dan saya akan linkkan dgn ayat 1John5:7 yg bro quote tu. Apa kaitannya?

Dlm isu "Quran dibakar" sbenarnya yangg lebih tepat i
alah helaian yg ada tulisan Quran beserta Nota Peribadi yg dibakar. So utk elakkan nota peribadi tu difahami sbgai ayat Quran di masa hadapan, so sebab tu lah helaian2 tu dibakar.sebagai perbandingan, benda ni pernah berlaku kat 1John5:7 yg asalnya ialah Footnote tapi akhirnya ada pihak yg jadikannya sbgai ayat dlm Bible.



 


No comments:

Post a Comment