fish

Monday 1 October 2012

Perbandingan Agama

Alhamdulillah dapat juga mencipta post terbaru selepas selama setahun tidak dapat 'saya dan kerelatifan' update blog ini kerana kekangan-kekangan tertentu yang mungkin 'saya dan kerelatifan' akan jelaskan pada post2 yang akan datang..apa apapun semoga bermanfaat untuk semua pembaca tentang apa yang 'saya dan kerelatifan' nukilkan pada post kali ini

Comparative Religion






 Seperti semua sedia maklum bahawa 'saya dan kerelatifan' sedang membuat comparative religion atau perbandingan agama..tujuannya tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk mentauhidkan ALLAH s.w.t semata-mata dan seterusnya menyembuhkan 'penyakit' yang 'saya dan kerelatifan' hadapi..Alhamdulilah setelah lama membuat comparative religion,'saya dan kerelatifan' dapat merasakan hasilnya.Diharapkan berterusan...

Khuatir tersesat?
Mungkin ramai yg berpendapat bahawa saya dan kerelatifan adalah gila dan boleh terjemurus kesesatan tetapi bagi 'saya dan kerelatifan'  membuat comparative religion ini tidak membawa kesesatan tetapi lebih membawa kpd tauhid ALLAH s.w.t semata-mata dan membuang was-was yg saya dan kerelatifan hadapi selama ini.Firman ALLAH s.w.t...

Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (Kufur dan syirik) sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
 Salman Al-Farisi membuat perbandingan agama
Atas sebab faktor itulah saya dan kerelatifan tidak teragak-agak membuat comparative religion..tidak sesekali saya dan kerelatifan takut akan kesesatan kerana bagi 'saya dan kerelatifan' ALLAH s.w.t sentiasa menunjuk akan jalan kebenaran

 Sebelum saya dan kerelatifan menulis lebih panjang lagi mengenai comparative religion,lebih elok lagi rasanya saya dan kerelatifan berkongsi mengenai kisah Salman Al-Farisi iaitu sahabat Rasullullah s.a.w..


Kisah Salman al-Farisi mencari kebenaran

detail beritaSalman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Parsi yang menganut agama Majusi. Namun dia tidak merasa selesa dengan agamanya. Pergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat menenteramkan hatinya.

Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas, yang mempunyai jumlah hasil yang banyak. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan beberapa tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.

"Ayahku memiliki kawasan tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melalui gereja Nasrani. Saya mendengarkan suara orang-orang bersembahyang di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, kerana ayahku membataskan pergerakanku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melaluii orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan."

"Ketika saya melihat mereka, saya menyukai sembahyang mereka dan menjadi tertarik terhadapnya (yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), 'Sungguh, agama ini lebih baik daripada agama kami'".

Salman mempunyai pemikiran yang terbuka, bebas dari taklid buta. "Saya tidak meninggalkan mereka sehingga matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku."

Dan ketika pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. 


Ayahnya terkejut dan berkata: "Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek moyangmu lebih baik."

"Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita," tegas Salman.

Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya.

Salman tidak putus asa dan mengirimkan satu pesanan kepada penganut Nasrani, meminta mereka memberi khabar jika ada kafilah pedagang yang pergi ke Syria. Setelah informasi diperoleh, Salman pun membuka rantai dan lari untuk bergabung dengan rombongan kafilah.

Ketika tiba di Syria, dia meminta diperkenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia berkata: "Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya untuk melayani, belajar dari anda, dan sembahyang dengan anda."

Pendeta bersetuju dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tidak lama kemudian, Salman menemui bukti bahawa pendeta adalah seorang yang tidak amanah dan rasuah. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri.

Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk menguburkannya, Salman mengatakan bahawa pendeta itu perasuah dan menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh pasu yang dikumpulkan dari sedekah para jemaah.

Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang soleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.

Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahawa telah datang seorang nabi di tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri.

Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan wang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. 

Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Syria dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang seorang hamba, lalu menjual dia kepada seorang Yahudi.

Ringkas cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru berhijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan wang tebusan yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat bimbingan terus dari beliau.

Betapa gembira hatinya, kenyataan yang diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai saudara.

Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah kerana ideanya membuat parit dalam usaha melindungi kota Madinah dalam Perang Khandaq. 

Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat dukungan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 orang. Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan mengacau dari dalam kota.

Rasulullah SAW pun meminta pandangan dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saranan Salman Al Farisi atau yang biasa dipanggil Abu Abdillah diterima. 

Strategi Salman memang belum pernah diketahui oleh bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan Rasulullah SAW, saranan tersebut diterima.

Ringkasnya daripada kisah Salman Al-Farisi tersebut,dia berusaha mencari kebenaran dan akhirnya dia menjumpai kebenaran tersebut melalui comparative religion/perbandingan agama..tetapi bagi umat akhir zaman seperti kita ini perlulah berguru untuk mengelak kesesatan daripada iblis yg dilaknat,berkata saidina ali r.a yg lebih kurang "sesiapa yg belajar sesuatu ilmu tanpa guru,maka syaitan adalah gurunya"

Lihatlah contoh mualaf2 yang berada di hadapan kita...mereka lebih hebat lagi dari kita dalam ilmu agama,Islam mereka lebih hebat lagi dari Islam kita kerana mereka membuat perbandingan agama terlebih dahulu dan menjumpai kebenaran melalui perbandingan agama yang mereka berbuat.
(ustaz farid ravi)
 (bro shah kirit)
(Ridhuan Tee Abdullah)


Tetapi bukan maksud perbandingan agama  secara membuta tuli,iaitu pelulah ada bimbingan daripada pakar2 pembandingan agama seperti Bro shah kirit(bekas penganut Hindu)-'saya dan kerelatifan' menghadiri seminarnya.. ataupun Bro Lim Jooi Soon(ada didalam post lama blog ni)

Kesimpulannya,tujuan post ini ditulis pada hari isnin pkul 7:52 malam bersamaan 1/10/2012 bukan betujuan sia-sia atau main-main tetapi dalam usaha mengajak pembaca blog ini untuk turut sama membuat perbandingan agama..seterusnya bersama-sama  menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini

Coming Soon :(Kisah Jesus christ berdasarkan bible,perbincangan John 5:7,Ganesha Tuhan Hindu?,dan serba sedikit mengenai agama Buddha)
 



 




No comments:

Post a Comment