fish

Wednesday, 18 December 2013




Suatu Pencarian yang hebat
Dalam pencarian ini ku temukan ramai orang dengan berbeza-beza taraf ilmu,pendapat,dan kelebihan serta kekurangan masing2.Ada ustaz,ada perawat Islam,ada Tok Guru pondok,ada ahli pondok,ada ahli tarikat,ada ahli tabligh,ada orang yang membuat perbandingan agama,ada pengarah di Pusat Islam,ada ahli pertubuhan dakwah dan ada rakan2 usrah.Daripada pemerhatianku ada dikalangan mereka2 yang bersifat jumud dan ramai yang bersifat terbuka dalam agama,mereka mempunyai nas-nas dan dalil2 dlam agama.Banyak ilmu dan pandangan yang ku dapati dari mereka seperti ilmu akidah,hadis,tarikat dan perbandingan agama(hindu,buddha,kristian dan sebagainya) dan sebagainya..terfikir sejenak adakah ALLAH mahu membuka jalan untukku mencari dengan menemukan dengan orang ramai sebegini?

(pencarian diteruskan)

"Ya ALLAH janganlah engkau membolak balikkan hatiku daripada jalan para nabi dan RasulMu"


InsyaALLAH jikalau ada masa terluang akan "saya dan kerelatifan" akan menulis satu persatu plot2 pencarian ini,Semoga beroleh hidayah di sepanjang pencarian ini.Amin

Hayatilah Puisi iman syafie untuk renungan bersama

Puisi imam syafie:
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan
beradab itu sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkenalah , kau akan mendapat pengganti orang yang kau tinggalkan.
Berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung , mencemar
kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir ,
ia baik. Sekiranya ia tidak mengalir , tercemar.

3 comments:

  1. mengapa agaknya kata-kata yang baik, tersurat menjadi firman, diibaratkan bagai pohon, akarnya baik, dan cabangnya menjulang tinggi ke langit?

    (Ibrahim: 24-25)

    ---
    hanya bermula dari 'latihan' mengucapkan kata-kata yang baik, subhanallah!

    ReplyDelete
  2. subhanallah,berbahagialah bagi hati2 yang mengenal ALLAH..hati2 bercahaya!

    ReplyDelete
  3. islam yg sebenar adalah orang yg mampu buka rahsia ugama hindu,buddha,kristian,dan islam itu sendiri..musti ada sebab musabab kenapa ugama itu masih wujud sehingga sekarang..

    ReplyDelete