fish

Saturday, 12 October 2013

Assalamualaikum,bertemu kita kembali di dalam post terbaru blog ini...setelah hampir sebulan lebih tidak menulis blog barulah "saya dan kerelatifan" berkesempatan untuk menulis.Semoga-moga di masa mendatang "saya dan kerelatifan" mempunyai banyak masa untuk berkongsi perkara2 yang berfaedah di blog ini,insyaALLAH

Ayat-ayat cinta tasauf dan ilmu hakikat 
Didalam post kali ini "saya dan kerelatifan" ingin sama2 menarik minat pembaca blog ini supaya meminati ilmu tasauf.Mungkin banyak para pembaca tidak menyedari kepentingan ilmu tasauf,tetapi ingin "saya dan kerelatifan" tegaskan di sini bahawa ilmu tasauf ini adalah penting dalam kehidupan beragama kerana ia adalah sebagai satu jalan menuju kepada ALLAH s.w.t.Berkata seorang guru mursyid yang sempat "saya dan kerelatifan" berguru sekejap di Melaka semasa di semester 2 iaitu

Al-Alim Al-Alamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy AL Mujahdidi  <<<KLIK

Merupakan ulamak terkemuka dunia iaitu memimpin kepada tarikat Rabbaniyah iaitu gabungan 40 tarikat didalamnya
katanya,"miskinlah bagi orang-orang yang tidak mengenal tarikat kerana tidak ada tempat untuk berpaut dalam hidup"
"saya dan kerelatifan" tidak mahu mengulas panjang mengenai kata2 beliau tetapi sudah terang dan jelas nyata bahawa apa yang diberitahu oleh beliau bahawa orang2 yang tidak belajar ilmu tarikat(tasauf) digambarkan sebagai orang2 miskin kerana tidak ada tempat untuk berpaut dalam hidup
ibarat orang yang belayar tanpa sauh dan ibarat orang berperang tanpa senjata begitulah perumpamaan yang saya dan kerelatifan hendak gambarkan untuk orang2 yang hidup tanpa ilmu tasauf.
"Saya dan kerelatifan" tidak mampu mengulas panjang lagi kerana "saya dan kerelatifan" amatlah cetek ilmu tasauf dan "saya dan kerelatifan" juga pernah tersesat dalam ilmu makrifat dan tasauf sehingga membawa kepada "sakit".tidaklah perlu "saya dan kerelatifan" bercerita mengenai "sakit" tersebut tetapi apa yang hendak "saya dan kerelatifan" mahu sampaikan di sini adalah mengenai kepentingan ilmu tasauf dan ilmu hakikat.
Disini "saya dan kerelatifan" hendak sertakan bait2 ayat tasauf dan hakikat yang boleh membuatkan pembaca teruja apabila mendengarnya
Pada tahap Iman Ayan sesorang itu sudah mula muraqobah yakni saling mengintai meninjau ninjau Kekasihnya. Hati mula merindui gelisah sayu seperti orang sedang mabuk asmara. Pada ketika ini hati mudah tersentuh apabila mendengar nama Allah di sebut sebut. Zikirnya ialah Allah Allah Allah Pada ketika ini hilanglah keakuan diri dan sudah mula masuk fasa mengesakan Allah Asma dan Sifat. Fana ia dalam Asma dan Sifat Allah. Terlepas lah ia dari syirik. Inilah serendah rendah iman yang wajar kita tempuhi. Mereka yang berada pada Iman Ayan ini amat kuat pegangan mereka dalam Syariat. Menggigit ia seperti gigitan gigi geraham. Bersatu ia akan Syariat dan hakikat. Tiada lagi Syariat yang kosong melainkan sudah terisi hakikatnya. Hakikatnya tidak hampa kerana bersendikan syariat Dakwaan membolehkan meninggalkan syariat apabila Hakikat sudah dicapai adalah dustaan semata dan termasuk makam sangka sangka. Ramai orang yang kononnya BerHAKIKAT mendakwa tidak perlu solat cukup sekadar berniat sahaja sebenarnya jauh menyimpang dari landasan Islam yg sebenarnya. Kewajipan solat itu tetap selamanya bahkan ketika kita mati pun KITA DISOLATKAN !Pada tahap iman Ayan ini Fanalah ia pada Sifat dan Asma Allah. Terlepaslah ia dari ke keTuhanan Aqal dan keTuhanan Diri yakni muktazilah dan qadariah diri. Tiada lagi syirik.Iman Haq - Iman yang di suluh dengan Musyahadahnya. Menyaksi ia akan Allah itu dengan Mata Hati atau Ainul Basyirah hinggalah mencapai ia ke arah keyakinan Iman yang lebih sempurna yakni Kamal Yakin. Biasanya mereka ini tenggelam dalam tawaduk. Amat cintakan Rasulullah s.a.w serta sunnahnya.
Amalnya dari Allah kepada Allah semata mata.

diambil dari facebook Tok Belagak (KLIK)(merupakan seorang pengamal ilmu perubatan Islam di darul saka)

dan didalam muka belakang kitab "mengenal diri" yang ditulis oleh anak murid Tok Kenali iaitu ulamak terkenal di Kelantan


Muka belakang kitab
Kitab Tok Kenali ini , mengajak kita menyeberangi semapadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingkap tabir Rahsia Allah yang tenggelam dilautan ghaib.

Kitab Makrifat adalah pengembaraan Ilmu Kalam, menuju binasa, fana’, zuk dan pengembaraan kalam menuju ILMU RASA. Ilmu Rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu Rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa Makrifat kepada Allah SWT.

Makrifat adalah penyuluh ilmu didalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib , yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.
 

Mungkin setakat ini dulu untuk "saya dan kerelatifan" nukilkan di post kali ini.Jikalau ada apa2 yang "saya dan kerelatifan" hendak tambah mungkin "saya dan kerelatifan" akan update dari semasa ke semasa

Saya dan kerelatifan tutup post kali ini dengan niat agar apa yang "saya dan kerelatifan" nukilkan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk arwah ayah di dalam kubur kerana arwah ayahla yang menjadi pemangkin kepada minat "saya dan kerelatifan" di dalam ilmu tasauf.Dialah yang banyak mengajar serba sedikit ilmu tasauf kepada "saya dan kerelatifan" semenjak dari kecil lagi."saya dan kerelatifan" dan adik beradik lain sentiasa disuruh olehnya membaca kitab tasauf dan makrifat setiap malam khamis sehingga menjadi hafalan mulut kami.

Terima kasih Ayah,semoga kita berjumpa di syurga Firdausi..ternyata benarlah katamu dunia ini bukanlah kehidupan yang sebenar,kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar  

#AL FATIHAH 

No comments:

Post a Comment