fish

Tuesday 2 August 2011

Mengkaji Syaitan dari sudut Gelombang(' Wave')

 


Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana pada hari puasa yg kedua 'saya dan kerelatifan' berkesempatan untuk meng'update' blog yang telah lama ditinggalkan ini.Sebenarnya 'saya dan kerelatifan' mengakui bahawa isi di dalam blog ini agak berat untuk 'saya dan kerelatifan' kupas kerana 'saya dan kerelatifan' bukanlah ahli di dalam bidang ini lebih2 lagi melibatkan subjek yang berat seperti 'pure physic'.






Apa-apapun 'saya dan kerelatifan' akan membuat yg terbaik untuk pembaca blog ini memahami apa yang cuba disampaikan dalam gaya penceritaan yg tak seberapa ini.terima kasih kpd yg sudi membaca..


Syaitan Dari Sudut Gelombang?


Sesungguhnya umum mengetahui bahawa Syaitan itu adalah makhlub ghaib yang tidak boleh nampak melalui mata kasar manusia.Adapun yang mendakwa dapat melihat atau terlihat makhluk ghaib ini adalah dengan izin ALLAH s.w.t semata-mata.


Apa yang ingin cuba diberi perhatian disini adalah berdasarkan sains(fizik).Berkata Tokoh Paling Terkenal dalam bidang Fizik 'Albert Einstein'
  Sains tanpa agama adalah tempang, agama tanpa sains adalah buta.


Oleh itu blog ini cuba mengaitkan kejadian gelombang(wave) dengan Kejadian syaitan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia tetapi dipercayai wujud di dalam semua agama seluruh dunia.


Cuba kita lihat kepada Graf gelombang di bawah





Adapun gelombang yang telah ditemui oleh para saintis adalah seperti yg terpapar di atas seperti  gama rays, x-ray, ultraviolet radiation, visuble light (ungu ke merah), infrared, microwave, radiowave.. dan bnyak lagi sebenarnya.


Walau bagaimanapun hanya ada satu gelombang sahaja yg dapat dilihat oleh mata kasar manusia iaitu 'visible light,iaitu sekitar 400-700 nm sahaja







 Perkara ini telah membuatkan Saya dan Kerelatifan terfikir 'adakah syaitan wujud dalam bentuk gelombang selain dari visible light ini?,kerana gelombang selain dari visible light ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.


Soalan ini telahpun ditanya kepada Bro musoddiq(m.musoddiq@gmail.com ) iaitu pelajar jurusan 'pure physic' uitm shah alam didalam forum i luv islam (sebelum melanjutkan pelajaran asasi)



PENCARI KETENANGAN wrote: Assalamualaikum saya nak tanya bro musoddiq.Maaflah jika ilmu saya kurang.Saya hanya belajar ilmu fizik mase form 4 dan form 5 saje.saye pom kurang arif pasal Fizik. Saudara Musoddiq ada menyatakan bahawa mungkin syaitan itu x dapat dilihat kerana mata kita x dapat menangkap gelombang selain dari 400nm-700nm.Jadi mungkin syaitan itu selain dari gelombang itu tadi. Mari kita ambil contoh sinar gamma.Iaitu gelombangnya selain 400nm-700nm.Mengikut yang saya tahu sinar gamma ini adalah sinar yang paling bahaya antara sinar radiasi yang lain.Ia biasanya digunakan dalam bidang perubatan untuk membunuh bakteria dan virus. Mari kita berfikir sejenak.Jika syaitan yang berada disekeliling kita adalah terdiri dari gelombang sinar gamma.Sudah tentu kesan radiasi yang sangat hebat akan berlaku pada kita semua.Dan semua manusia di dunia ini akan mati tidak sampai dalam masa sehari. Begitu juga sinar lain seperti x-ray dan radio wave Pasti akan ada pencemaran iaitu pencemaran gelombang seperti yang diutarakan saudara red lotus seperti dalam thread berikuthttp://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=22655 Kesannya pasti kesihatan manusia akan terjejas. saya minta maaf jika pandangan saya ini salah. Minta diperbetulkan mana yang salah.Wallahuallam
Saya x rasa syaitan terdiri dari sinar gama.. sebab.. sinar gama boleh diadaptasi dan dimanipulasi.. lagipun.. manusia bpleh mencipta sinar gama dengan izin Allah melalui alat yg dicitpa manusia melalui ilmu Allah.. lagipun.. kalau syaitan dari sinar gama.. kompom dah lama kita leh tgok bende alah tu.. dan.. seperti apa setelah leokid kata tadi.. saya pun x berani nak menzahirkan elemen syaitan.. yg pos awal2 saya tu.. warna syaitan adalah selain 400nm-700nm.. x semestinya kat sinar gama adik oi.. yg pasti.. komfirm la warna dier.. bukan berada dalam kalangan EM (electromagnetic wave) yang dah dapat dikesan.. contoh gelombang yg jaraknya 100km.. mana ader lagi dalam silibus.. mahupun gelombang yg 1nm^-2000000 (1nanometer kuasa -2juta) iaitu yg sgt2 kecil.. ok.. faham nie? lagipun adik kene fahami apa itu sinar gama.. nak abg explain aper itu sinar gama? em.. just nak betulkan.. adik kurang faham tu.. bkan bermaksud antara salah 1 gelombang yg dapat dikesan.. beribu gelombang yg x der alat nak kesan... ekceli.. saya pun x berani dgn teori saya tu.. setelah apa yg leokid kata tu.. sbb saya sokong hujah dia..





Apa-pun 'saya dan kerelatifan 'menyokong jawapan yang diberikan oleh bro musoddiq dan berpendapat bahawa mungkin ada gelombang yg belum ditemui oleh para saintis ataupun yg tidak dapat dikesan.Gelombang ini mungkin adalah gelombang syaitan..Wallahuallam.







Secara kesimpulannya perlu diingatkan bahawa agama tidak boleh dikaitkan seratus peratus denagan sains.Kerana agama adalah wahyu sedangkan sains adalah satu bentuk pemikiran manusia.Sains hanya boleh digunakan sebagai alat untuk mencari agama bukan untuk memberi penerangan mengenai agama.




“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Ar Ra’d(13):3)

1 comment:

  1. Jazakallah abe2 yg mulia....
    hmm, menarik jgk pendapat Bro Musoddiq tu...
    skdr ape yg terlintas dkt kepala aku je la...
    sbgmana yg kite tau dan diberitakan bhw syaitan dan iblis diciptakan drpd api...walopun aku x tau 'Api' yg dimaksudkn itu same spt api yg zahir @ yg blh kite nmpk dkt dunia ni, atau ia mempunyai makna yg tersirat...tp 'Api' sbgmane yg kite tau adlh dihasilkn drpd rangkaian molekul2(berdasrkn ape yg aku tau)...Jd,kalo btl api yg dimaksudkn mempunyai makna yg zahir spt api yg kite tau, jd x mgkn ia adlh satu bentuk gelombang...wallahua'lam...terlintas je di aqal aku yg lemah ni...

    ReplyDelete